30 December, 2009
Senamrobik Dan Poco-poco
Acara ini adalah acara paling terawal diadakan semasa Karnival U&I. Seawal 7.30 pagi Kesemua peserta sangat bersemangat berkumpul di tepi dewan untuk acara senamrobik dan poco-poco. Para peserta juga disediakan sarapan pagi oleh pihak penganjur program.
Jumlah penyertaan juga adalah paling ramai di mana setiap Gugusan Chini Timur menghantar wakil seramai 20 orang peserta bagi setiap rancangan menjadikan jumlah peserta seramai 60 orang kesemuanya. Namun, peserta OKU juga turut melibatkan diri dalam program ini. Untuk pengetahuan, warga Chini Timur memang aktif dengan poco-poco di mana mereka akan mengadakan sesi latihan pada setiap Hari Isnin, Rabu dan Jumaat jam 5 petang bertempat di dewan futsal Chini Timur 2.
Pertandingan Karaoke
Acara yang mendapat sambutan hebat terutamanya dari kalangan belia dan remaja.Penyertaan adalah dari penduduk tempatan dan ada juga daripada Chini Dara.Pertandingan yang mendapat sambutan hebat daripada pengunjung tidak mengira umur dan jantina. Namun, penyertaan adalah terhad kepada 20 orang peserta yang terawal sahaja kerana masa yang tidak mencukupi. Pemenang pertandingan ini jatuh kepada seorang remaja perempuan yang berasal dari Chini 3. Beliau telah menyanyikan sebuah lagu dendangan kumpulan Search iaitu Isabella. Beliau yang dimaksudkan adalah Yasmin Akilla yang memang tidak pernah melepaskan peluang untuk turut serta sekiranya ada pertandingan karaoke di tempat yang berdekatan. Para juru terdiri daripada wakil komuniti, wakil MDEC; En.Andi dan Puan Elain; wakil P1
Pertandingan Mewarna
1. Aida Juliana Bt Ahmad
Hubungi Kami Di:
Noor Azlina Binti Mohd.Saod (Lynn)
-Penyelia-
019-9488784
Roshazlizan Binti Shamsudin (Ana)
-Penolong Penyelia-
019-9712715
No.5 Kawasan Perniagaan Chini Timur 2,
26690 Chini,
Pahang Darul Makmur.
01 December, 2009
Senarai Agensi Kerajaan & Swasta Yang Menyertai Pameran
Berikut adalah senarai agensi dari badan kerajaan dan swasta yang telah menyertai pameran sempena karnival tersebut :
1. MSC Malaysia
2. Packet Oneag Networks Sdn.Bhd.
3. Mara Daerah Pekan
4. TEKUN Nasional
5. Jabatan Bomba Dan Penyelamat
6. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
7. Jabatan Pertanian Daerah Pekan
8. Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pekan
9. Craft CT One Enterprise
10. ZZ Zalina Trading
11. Pusat Dalam Komuniti (PDK)
12. Pusat Tenun Chini 5
13. Earn & Health
14. Tech-Niq Computer
15. Klinik Kesihatan Chini
16. Perpustakaan Bergerak Daerah Pekan
AJK PELAKSANA KARNIVAL MEH DATANG
JAWATANKUASA INDUK
Penaung
En.Zahidin Bin Ali ( Pengurus Felda Chini Timur 3 )
Penasihat Kehormat
En.Zaid Bin Sidek (Timb.Pengerusi JKKR Gabungan)
Penasihat
En.Daud Bin Osman (Pengerusi MBFM)
Pengerusi Program
Cik Noor Azlina Binti Mohd.Saod (Pengurus PIK)
Timb. Pengerusi Program
Puan Roshazlizan Binti Samsudin (Pen.Pengurus PIK)
Setiausaha Program
Puan Azni Suhaina Bt Abu Samah (Pengerusi Belia CT3)
Bendahari
Cik Nurul Huda Binti Othman Basha (Guru Sekolah Menengah)
Ahli Jawatankuasa
1. Urusetia Induk - Spt. di atas
2. JK Sukaneka /Keceriaan - En.Mohd.Hafiez Bin Mohd.Saod
3. JK Promosi - Cik Noor Azlina / Puan Roshazlizan
4. JK Persiapan Medan - En.Halim Bin Awang
5. JK Hadiah & Cenderahati - Puan Azni Suhaina / Cik Noor Azlina
6. JK Orang Kenamaan/Penyambut tetamu - En.Zaid Bin Sidek
7. JK Pendaftaran Peserta - Cik Nurul Atikah Binti Mohd.Fozi
8. JK Makanan & Minuman - Puan Faridah Bte Mat Ras
9. JK Keselamatan / Kawal Awam - RELA (En.Halim Bin Awang)
10. JK Kecemasan - PBSM (Puan Rokiah Binti Dali)
11. JK Siaraya - En.Zamirul bin Shamsudin
12. JK Pendaftaran Booth / Pameran - Cik Norsuriani Binti Khamarludin
13. JK Teknikal - En.Daud bin Osman
14. JK Kelas ICT - MSC Malaysia/Warisan Global
15. JK Bengkel - Cik Nurul Huda binti Othman Basha
16. JK Pertandingan - En.Norman Bin Mat Nor