Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

07 September, 2011

BlackBerry AppWorld 3.0 Membawakan Pelbagai Perubahan Menarik

Sebelum ini, BlackBerry telah mensasarkan bulan Ogos untuk melancarkan BlackBerry AppWorld 3.0, namun disebabkan sebab yang tidak diketahui, ianya terpaksa ditangguhkan, dan hari ini, BlackBerry, secara rasminya telah pun melancarkan kemaskini generasi baru BlackBerry AppWorld itu.

Sebelum ini, ianya telah pun diperkenalkan pada Beta Zone, dan akhirnya hari ini, aplikasi yang dinantikan ramai pengguna BlackBerry itu telah pun dilancarkan kepada umum. Melalui kemaskini terbaru ini, antara perubahan yang dibawakan termasuklah perubahan dari segi antaramuka, serta sokongan perkongsian sosial yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Melalui BlackBerry AppWorld 3.0, ianya turut membawakan penambahan beberapa kategori baru, memudahkan para pengguna mencari sesuatu aplikasi atau tema dengan lebih mudah. Selain daripada itu, ianya turut membolehkan anda berkongsi aplikasi melalui BBM, ataupun Facebook atau Twitter dengan senang.

Bagi para pengguna BlackBerry OS 4.5 dan yang terkini boleh memuat-turun BlackBerry AppWorld 3.0 ini, dan mula menggunakan AppWorld yang diberikan nafas baru ini, bermula hari ini.

kredit to amanz network

19 August, 2011

P1 Kini Mempunyai Lebih Daripada 338,000 Orang Pelanggan

Semua semestinya telah ketahui yang mana P1 mensasarkan untuk mencapai sebanyak 450,000 orang pelanggan pada penghujung tahun ini, dan kini melalui data terbaru yangdikeluarkan oleh mereka, ianya memperlihatkan yang mana sehingga penghujung Jun yang lepas, P1 telah mempunyai sebanyak 338,000 orang pelanggan.

Secara kasarnya, ianya memperlihatkan yang mana P1 telah menambah seramai lebih daripada 64,000 orang pengguna pada pertengahan tahun pertama tahun 2011 ini. Selain angka pengguna, P1 turut sama mensasarkan untuk memperluaskan liputan di Semenanjung Malaysia kepada 55% ataupun secara kasarnya lebih 1600 pusat P1. Buat masa ini, mereka mempunyai sebanyak 1083 pusat di Semenanjung Malaysia.

Pada masa yang sama, P1 juga kini dalam perbincangan bersama-sama dengan Telekom Malaysia untuk menggunakan rangkaian jalur-lebar berkelajuan tinggi (HSBB) daripada TM, dan mungkin akan mendapat keputusan positif sebelum berakhirnya tahun ini. Selain itu, mereka juga turut mensasarkan untuk mendapatkan spektrum 2.5GHz/2.6GHz kepada tambahan daripada spektrum 2.3GHz sedia ada.


SUMBER : amanz.my

18 August, 2011

Peneroka gembira terima duit raya

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Pengumuman pemberian 'duit raya' kepada warga Felda baru-baru ini nyata menggembirakan para peneroka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Selain berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Felda, mereka juga amat menghargai pemberian 'duit raya' itu yang dilihat sebagai satu usaha meringankan beban mereka.

Presiden Persatuan Peneroka Felda Malaysia, Saad Latib berkata, pengumuman tersebut tidak seharusnya dinilai melalui jumlah wang yang diberikan tetapi bagaimana wang yang akan diagihkan itu mampu membantu warga Felda menyambut hari raya nanti.

"Jika sekarang peneroka dikatakan golongan sederhana dan hidup senang, tetapi jangan kita lupa masih ada segelintir warga peneroka yang sudah tidak larat untuk bekerja malah ada yang menderita menanggung penyakit.

"Mereka inilah yang harus kita bantu dan kami daripada pihak persatuan berharap dengan 'duit raya' yang diberikan oleh Felda itu mampu meringankan beban yang ditanggung mereka," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Presiden Persatuan Penerokawati Felda Malaysia, Jamaatul Jamilah Ramli berkata, pemberian 'duit raya' berjumlah RM400 oleh Felda itu adalah satu langkah wajar dan tepat pada waktunya iaitu ketika peneroka sedang sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya.

Sumber : Utusan Online

17 August, 2011

TENGKU MAHKOTA PAHANG BERBUKA PUASA DI CHINI TIMUR

Baru-baru ini iaitu pada 5 Ogos 2011 seramai 121 orang kurang bernasib baik menerima bantuan pada majlis berbuka puasa di Felda Chini Timur 1.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyampaikan bantuan tersebut kepada golongan terbabit dan berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 penduduk tanah rancangan itu.

Turut berangkat ke majlis itu, Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Hassanal Ibrahim Shah Tengku Abdullah dan Tengku Ameer.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun.

Terdahulu dalam ucapannya, Abu Bakar berkata, penduduk Felda Chini Timur amat gembira dengan keberangkatan baginda untuk berbuka puasa bersama rakyat.

Menurut Abu Bakar, selain majlis berbuka puasa, Tengku Abdullah tidak melupakan nasib golongan tidak bernasib baik yang diraikan menerusi bantuan Hari Raya Aidilfitri.

"Ini termasuklah menyampaikan bantuan kepada 121 golongan tidak berupaya di sekitar Felda Chini Timur.

"Selain itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun," katanya.

Katanya, majlis itu merupakan sumbangan Felda dan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Pejabat Tanah dan Galian Pekan

04 August, 2011

SAMBUTAN HARI PENEROKA



Baru-baru ini iaitu pada 7 julai 2011, sambutan hari peneroka telah berlangsung di Stadium Mini Jengka Felda , hampir kira-kira 10,000 peneroka dari seluruh negara telah turun beramai-ramai ke Felda Jengka untuk menyambut hari yang bersejarah ini. Sambutan hari peneroka pada tahun ini telah dirasmikan oleh perdana Menteri Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Antara pengumuman yang menggembirakan penduduk peneroka dari Perdana Menteri ialah pengiktarafan Bandar Jengka sebagai Bandar Tun Razak dan sejumlah peruntukan telah diberikan untuk membangun dan membesarkan lagi bandar Jengka. Selain itu perdana menteri juga telah mengumumkan Bandar Jengka akan dijadikan tuan rumah kepada pasukan Felda United dan peruntukan untuk membina stadium Felda United akan diberikan. Berita yang disampaikan oleh PM sudah semestinya memberikan khabar gembira kepada penduduk felda khususnya di kawasan Jengka.

Disamping pengumuman tersebut beliau juga telah menyampaikan beberapa anugerah antaranya Anugerah Keceriaan Kampung Felda ,Anugerah Usahawan Berjaya, Anugerah tokoh peneroka dan sebagainya. Bagi tahun ini Felda Tunggal, Johor telah diumumkan sebagai pemenang bagi Anugerah Kecerian Kampung Felda dan telah memenangi Rm 1 juta sebagai imbuhan

Bagi anugerah khas pula, Felda Chini Timur memenangi kategori Ekonomi Cemerlang diikuti Felda lepar Hilir (Keselamatan Terbaik), Felda Sahabat 4 dan 5 (Kepimpinan dan Kualiti Cemerlang) dan Felda Air Tawar 3 (Inovasi Alam Sekitar).

Antara program menarik sepanjang sambutan hari peneroka ialah pameran dan jualan, gotong royong perdana, pertandingan-pertandingan dan sebagainya.


Perdana Menteri Berucap sempena hari Peneroka

Barisan kakitangan Felda bersama Dato Ahmad Maslan

Pengunjung yang hadir di Stadium Mini Jengka

Perdana Menteri bersama pengunjung

12 July, 2011

Kg.Wifi di Felda Chini Timur

menara kg.wifi chini timur 2 yang terletak di pejabat pos mini.

Di mana-mana sahaja boleh akses internet! Untung sungguh budak-budak zaman sekarang kan. Jikalau dulu nak akses internet kena pergi cc dengan bayaran rm3 sejam tapi kini...alahai...bertuahnya mereka! Alangkah bagusnya jika mereka menggunakan peluang yang tersebut dengan sebaiknya. Saya bercerita tentang kg.wifi yang telah dibina di Chini Timur. Terdapat 2 lokasi menara kg.wifi ni. Jika tak silap, tm punya rentetan netbook 1 malaysia tu.
Dahla PIK menawarkan wifi percuma. Jadi, warga Chini Timur mempunyai pilihan untuk membuat sambungan internet ke wifi yang mana lagi kuat signalnya!

Jikalau di zaman saya belajar dulu sudah ada kg.wifi ni kan best...mesti dari dulu saya dah celik IT!



17 February, 2011

KAMI DILATIH???

Selamat malam buat semua pengunjung blog PIK ni.

Untuk pengetahuan semua,bermula pada hari ini kami akan mengikuti kursus latihan pembangunan kapasiti Fasa 2. Kursus dijalankan di Taiping Golf Resort. Jauh giler dari Chini tau! Fuh! 8jam drive arini...1st time drive jauh2...banyak kali gak berenti tadi amcam2 hal..hihi. jap beli air jap menunaikan hajat..jap isi perot...huh! kalolah tak stop tadi maunya jam n krem kaki.

Sampai kat Taiping tadi lebih kurang kul5 kot. haha.dah lupala.Terus masuk sesi bersama peserta yang lain. Masa tu diorang sedang belajar teori blogging. Internet lum ok lagi masa tu.Pastunya sesi team building.

Banyak lagi nak citer hal kat tempat ni, nanti kitorang continue k!
sedang kursus ni...

mengira hari----> jumaat, sabtu...ahad...lamanya lagi nak balik...
Rindu kat pahang darul makmur...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...