12 July, 2011

Kg.Wifi di Felda Chini Timur

menara kg.wifi chini timur 2 yang terletak di pejabat pos mini.

Di mana-mana sahaja boleh akses internet! Untung sungguh budak-budak zaman sekarang kan. Jikalau dulu nak akses internet kena pergi cc dengan bayaran rm3 sejam tapi kini...alahai...bertuahnya mereka! Alangkah bagusnya jika mereka menggunakan peluang yang tersebut dengan sebaiknya. Saya bercerita tentang kg.wifi yang telah dibina di Chini Timur. Terdapat 2 lokasi menara kg.wifi ni. Jika tak silap, tm punya rentetan netbook 1 malaysia tu.
Dahla PIK menawarkan wifi percuma. Jadi, warga Chini Timur mempunyai pilihan untuk membuat sambungan internet ke wifi yang mana lagi kuat signalnya!

Jikalau di zaman saya belajar dulu sudah ada kg.wifi ni kan best...mesti dari dulu saya dah celik IT!



Amanah Ikhtiar Di Chini Timur

Baru-baru ini Amanah Ikhtiar cawangan Pekan telah membuka cawangan di Kawasan Kampung Dusun dan hal ini membolehkan warga penduduk sekitar Chini Timur, Chini dan Kampung Dusun untuk membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia. Sehubungan dengan itu ramai di kalangan suri rumah di kawasan sekitar telah membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar ini. Kebanyakan peminjam membuat pinjaman bagi tujuan untuk pembiayaan projek secara kecil-kecilan. Peminjam boleh membuat pinjaman serendah RM 500 ringgit sehingga RM 3,000 bagi pinjaman permulaan. Manakala bagi peminjam yang telah mempunyai rekod pinjaman dan telah menhasilkan projek yang berdaya saing pinjaman yang boleh dilakukan sehingga RM 50,000. Sebelum pinjaman diluluskan setiap peminjam perlu membuat kumpulan seramai 5 orang terlebih dahulu dan perlu mengikuti kelas khas selama 4 hari dan hari terakhir akan diadakan ujian kelayakan. Namun begitu setiap peminjam perlu mengikuti mesyuarat perjumpaan pada setiap minggu sekali. Maklumat terbaru yang diterima oleh PIK, Amanah Ikhtiar Cawangan Kampung Dusun akan berpindah ke Chini Timur di Sekolah Agama Rakyat Chini Timur. Hal ini memberi sedikit kelegaan kepada peminjam yang tinggal di Chini Timur kerana lokasi baru ini lebih dekat. Untuk mereka di luar sana yang berminat dengan pinjaman Amanah Ikhtiar bolehla mendapat maklumat lebih lanjut dengan melayari www.aim.gov.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...