12 July, 2011

Amanah Ikhtiar Di Chini Timur

Baru-baru ini Amanah Ikhtiar cawangan Pekan telah membuka cawangan di Kawasan Kampung Dusun dan hal ini membolehkan warga penduduk sekitar Chini Timur, Chini dan Kampung Dusun untuk membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia. Sehubungan dengan itu ramai di kalangan suri rumah di kawasan sekitar telah membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar ini. Kebanyakan peminjam membuat pinjaman bagi tujuan untuk pembiayaan projek secara kecil-kecilan. Peminjam boleh membuat pinjaman serendah RM 500 ringgit sehingga RM 3,000 bagi pinjaman permulaan. Manakala bagi peminjam yang telah mempunyai rekod pinjaman dan telah menhasilkan projek yang berdaya saing pinjaman yang boleh dilakukan sehingga RM 50,000. Sebelum pinjaman diluluskan setiap peminjam perlu membuat kumpulan seramai 5 orang terlebih dahulu dan perlu mengikuti kelas khas selama 4 hari dan hari terakhir akan diadakan ujian kelayakan. Namun begitu setiap peminjam perlu mengikuti mesyuarat perjumpaan pada setiap minggu sekali. Maklumat terbaru yang diterima oleh PIK, Amanah Ikhtiar Cawangan Kampung Dusun akan berpindah ke Chini Timur di Sekolah Agama Rakyat Chini Timur. Hal ini memberi sedikit kelegaan kepada peminjam yang tinggal di Chini Timur kerana lokasi baru ini lebih dekat. Untuk mereka di luar sana yang berminat dengan pinjaman Amanah Ikhtiar bolehla mendapat maklumat lebih lanjut dengan melayari www.aim.gov.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...