07 September, 2011

Warga Chini Ceria Masak-Masak Bersama Chef Halim


Kehangatan cuaca di Chini Timur tidak menyekat keceriaan warga Chini Timur semasa menghadiri kelas masakan bersama Chef Halim Abdullah anjuran Packet One Networks (P1) 16 Julai yang lepas.

Acara tersebut dihadiri oleh 30 orang yang terdiri daripada Persatuan Gerakan Peneroka Wanita (GPW) dan komuniti berdaftar. Beberapa ahli steering committee seperti Tuan Haji Idris, En Yusof, Puan Zubaidah dan Puan Jahariah turut sama hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Seawal jam 12 tengah hari, persiapan tempat dan bahan-bahan masakan untuk program telah bermula. Krew-krew acara menyusun kerusi, meja dan memasang projektor dan komputer untuk kelas masakan yang dinanti-nantikan khususnya oleh kaum wanita di Chini Timur.

Program berlangsung sekitar jam 2 petang bersama lawatan daripada Packet One dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Wakil-wakil yang hadir melawat tapak acara terdiri daripada:

1) Tuan Hj Sumali bin Amat (EPU)
2) En Abdul Ghani bin Selbi (EPU)
3) Puan Raudatil Jannah (EPU)
4) Tuan Hj Ismail (P1)
5) En Chew Hin Ban (P1)
6) En Nafis Adha (P1)
7) Puan Elain Lockman (P1)

Chef Halim memulakan menu pembukaan dengan mendemonstrasikan penyediaan resipi pertama, iaitu chicken chopdiikuti dengan spageti udang bercili, lempeng pisang dengan krim durian, pisang istimewa dengan gula melaka dan sup cendawan. Sesi masak-masak petang itu berlangsung dengan keadaan yang ceria, apatah lagi apabila Chef Halim dan para peserta saling berkongsi tips dan teknik masakan.


Tuan Haji Idris turut bersama membantu Chef Halim menghasilkan chicken chop.

Para peserta bukan sahaja berpeluang menyaksikan hasil masakan Chef Halim secara dekat, mereka juga dapat mencuba sendiri beberapa resepi yang telah dihasilkan seperti spageti udang bercili dan pisang istimewa yang dihidangkan bersama gula melaka.


Mencuba resepi istimewa Chef Halim ; lempeng pisang bersama krim durian.



Sementara para peserta menikmati hidangan yang dibuat, P1 mengambil kesempatan tersebut untuk beramah mesra bersama mereka dan mendapatkan maklum balas tentang program yang diadakan. Semua peserta nampaknya sangat berpuas hati dengan acara masak-masak pada hari itu dan turut menyumbangkan beberapa idea sekiranya acara seperti ini diadakan lagi.

Majlis berakhir sekitar jam 5 petang dan semua peserta memberikan tepukan gemuruh kepada Chef Halim atas kesudian beliau hadir dan berkongsi ilmu dapur bersama warga wanita Chini Timur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...