16 December, 2011

Program memasak Bubur Assyura

Sempena menyambut Awal Muharram, pihak Gabungan Persatuan Wanita (GPW) telah mengadakan program memasak bubur assyura. Kami juga dijemput hadir untuk turut sama-sama membantu menyiapkan bahan serta mengacau bubur assyura.
Program bermula seawal 9.00 pagi dan berhenti rehat untuk Solat Jumaat pada pukul 12.00 tengahari. Kaum wanita mengambil alih kerja mengacau bubur assyura sementara kaum lelaki menunaikan solat Jumaat. Pada pukul 2.00 petang sesi membungkus telah selesai dan siap untuk diagihkan kepada orang ramai.

Menyiapkan bahan-bahan untuk memasak bubur assyura
Sesi mengacau hingga likat
Bubur assyura yang telah siap dibungkus untuk diagihkan kepada penduduk







28 October, 2011

P1 Wimax is the best!


Sungguhpun banyak perkhidmatan internet yang ditawarkan syarikat-syarikat di Malaysia, namun, komuniti di Chini Timur lebih berkeyakinan untuk melanggan P1 Wimax untuk kegunaan di rumah mereka. Katanya, P1 Wimax laju!

Di PIK, kami turut menawarkan perkhidmatan melanggan P1 Wimax jika mereka berminat untuk mendapatkannya dengan mudah tanpa perlu ke bandar. Yuran pendaftaran adalah RM100 dan mereka memilih pakej bulanan seperti yang mereka inginkan.

Pakej P1 Wimax yang terkini adalah seperti berikut :

ONE PlansDownload
Speed Up To
Usage
Quota
Upfront
Payment
(Reimbursed
in 1st Bill)
Activation
Fee
(Charged
in 1st Bill)
Monthly Fee
NormalPromo for
3 months
Total SavingsWhat's Next?
5.0Mbps
(DX230)
5.0Mbps
(UH235)
30GBRM100
2.0Mbps
(DX230)
5.0Mbps
(UH235)
15GBRM100
1.0Mbps
(DV230)
1.0 Mbps
(UH235)
8GB
(5GB +
FREE 3GB)
RM100
RM200
RM100
PROMO*
RM169RM139RM190
Get additionalRM100 rebate Online + Call Exclusive
RM129RM99RM190
Get additionalRM100 rebate Online + Call Exclusive
RM99
(with Voice)
RM89
(without Voice)***
RM69RM190
Get additionalRM100 rebate Online + Call Exclusive
ONE 69
1.0Mbps
(DV230)
1.0 Mbps
(UH235)
3GBRM100RM200
RM150
PROMO*
RM79
(with Voice)
RM69
(without Voice)***
RM49
Money Back GUARANTEE
RM140
Get additionalRM100 rebate Online + Call Exclusive

sumber : www.p1.com.my


25 October, 2011

Perbezaan RAM PC dan Laptop

Apakah perbezaan RAM(Random Access Memory) PC dan Laptop?

Untuk mengetahui perbezaan RAM PC dan Laptop adalah mudah sahaja.Anda boleh mengenalpasti kedua-dua RAM ini dengan hanya melihat bentuk fizikal RAM PC dan juga Laptop.

RAM Komputer Peribadi (PC)

RAM Laptop @ Notebook

Pada artikel kali ini saya hanya menerangkan secara ringkas dalam bentuk fizikal mengenai perbezaan RAM PC dan juga Laptop,ini bertujuaan bagi memudahkan pemahaman pengguna komputer baru mengenali perbezaan RAM PC dan juga Laptop.


sumber : cekap komputer

08 October, 2011

Ubah Gambar Format .PNG .JPG kepada .ICO


Jika anda ingin mencari laman web untuk mengubahkan beberapa format gambar kepada format .ico,anda boleh mencuba beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan secara percuma untuk “convert” ke format .ico .Antara format-format yang anda boleh tukar ke format .ico ialah .icns .svg .gif .png .tif .tga .cur .bmp .jpg .xpm .rsrc. Saya lebih menyukai menggunakan perkhidmatan dari laman-laman web seperti ini kerana kita tidak perlu untuk “install” perisian-perisian berkaitan ke dalam komputer kita.Antara laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan secara percuma ini ialah :

http://iconverticons.com/

http://converticon.com/


Sumber : cekap komputer


05 October, 2011

Kursus Penyelenggaraan Komputer di Hotel Putra

Pada 20 dan 21 September yang lepas, pihak Warisan Global telah menganjurkan satu kursus untuk jurulatih PIK dan PJK di bawah naungan P1 Wimax.

Kursus tersebut telah dijalankan di Hotek Putra selama 2 hari 1 malam.
Pelbagai input telah diberikan oleh penceramah terkenal, En

Walaupun jangkamasa pendek namun, ilmu yang diberikan sangat berguna terutamanya cara untuk memformat komputer serta tip penjagaan komputer.






07 September, 2011

Warga Chini Ceria Masak-Masak Bersama Chef Halim


Kehangatan cuaca di Chini Timur tidak menyekat keceriaan warga Chini Timur semasa menghadiri kelas masakan bersama Chef Halim Abdullah anjuran Packet One Networks (P1) 16 Julai yang lepas.

Acara tersebut dihadiri oleh 30 orang yang terdiri daripada Persatuan Gerakan Peneroka Wanita (GPW) dan komuniti berdaftar. Beberapa ahli steering committee seperti Tuan Haji Idris, En Yusof, Puan Zubaidah dan Puan Jahariah turut sama hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Seawal jam 12 tengah hari, persiapan tempat dan bahan-bahan masakan untuk program telah bermula. Krew-krew acara menyusun kerusi, meja dan memasang projektor dan komputer untuk kelas masakan yang dinanti-nantikan khususnya oleh kaum wanita di Chini Timur.

Program berlangsung sekitar jam 2 petang bersama lawatan daripada Packet One dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Wakil-wakil yang hadir melawat tapak acara terdiri daripada:

1) Tuan Hj Sumali bin Amat (EPU)
2) En Abdul Ghani bin Selbi (EPU)
3) Puan Raudatil Jannah (EPU)
4) Tuan Hj Ismail (P1)
5) En Chew Hin Ban (P1)
6) En Nafis Adha (P1)
7) Puan Elain Lockman (P1)

Chef Halim memulakan menu pembukaan dengan mendemonstrasikan penyediaan resipi pertama, iaitu chicken chopdiikuti dengan spageti udang bercili, lempeng pisang dengan krim durian, pisang istimewa dengan gula melaka dan sup cendawan. Sesi masak-masak petang itu berlangsung dengan keadaan yang ceria, apatah lagi apabila Chef Halim dan para peserta saling berkongsi tips dan teknik masakan.


Tuan Haji Idris turut bersama membantu Chef Halim menghasilkan chicken chop.

Para peserta bukan sahaja berpeluang menyaksikan hasil masakan Chef Halim secara dekat, mereka juga dapat mencuba sendiri beberapa resepi yang telah dihasilkan seperti spageti udang bercili dan pisang istimewa yang dihidangkan bersama gula melaka.


Mencuba resepi istimewa Chef Halim ; lempeng pisang bersama krim durian.



Sementara para peserta menikmati hidangan yang dibuat, P1 mengambil kesempatan tersebut untuk beramah mesra bersama mereka dan mendapatkan maklum balas tentang program yang diadakan. Semua peserta nampaknya sangat berpuas hati dengan acara masak-masak pada hari itu dan turut menyumbangkan beberapa idea sekiranya acara seperti ini diadakan lagi.

Majlis berakhir sekitar jam 5 petang dan semua peserta memberikan tepukan gemuruh kepada Chef Halim atas kesudian beliau hadir dan berkongsi ilmu dapur bersama warga wanita Chini Timur.

PIK DAN KOMUNITI

Program : Sesi Ramah mesra PIK di Hari Keluarga PDK

Ada pertandingan gubahan bunga hantaran untuk penerokawati

sesi pengenalan PIK kepada komuniti.

Program : Sesi memperkenalkan PIK di roll call bulanan Chini Timur 1

Pengalaman bercakap di depan komuniti kali pertama. Dijemput oleh Pengurus untuk memperkenalkan fungsi PIK kepada komuniti.

Sedang kusyuk mendengar saya bercakap tu.

Sesi Pra-Pendaftaran sempena pembukaan PIK

Masing-masing sibuk isi borang keahlian

Kurangkan Saiz Gambar Tanpa Menghilangkan Kualiti Melalui JPEGmini

Salah satu perkara utama yang sering diberi perhatian oleh para pembangun laman web dan juga penulis blog adalah saiz gambar yang dimuat-naik oleh mereka. Kini, menariknya anda tidak lagi perlu bimbang seperti dulu, dimana anda boleh mengurangkan saiz gambar anda sehingga 5 kali ganda dengan menggunakan aplikasi JPEGmini.

JPEGmini merupakan salah satu aplikasi berasaskan web yang percuma, menawarkan para pengguna untuk terus memuat-naik gambar melalui pelayar web mereka, seterusnya memuat-turun gambar yang dikurangkan saiznya terus secara percuma. Menariknya mengenai aplikasi web JPEGmini ini adalah dimana ianya tidak mengurangkan kualiti gambar seperti beberapa aplikasi yang lain.

Selain daripada itu, JPEGmini juga turut memaparkan gambar yang dioptimasikan bersebelahan dengan gambar asal, untuk para pengguna membandingkan kualiti dan sebagainya. Pada masa yang sama, JPEGmini turut menyediakan beberapa fungsi tambahan seperti kebolehan untuk memuat-naik album dan sebagainya untuk para pengguna berdaftar.

Secara ringkasnya, kami boleh katakan yang mana kami tidak dapat melihat sebarang perubahan pada kualiti gambar melalui mata kasar kami, sebaliknya dapat memuat-turun gambar pada saiz yang lebih kecil, sebelum berkongsi melalui web, selain pada masa yang sama mengurangkan penggunaan bandwith oleh pelayan kami.

Cara mendapatkan definisi perkataan di enjin carian google

Salam semua,

Harini saya ingin berkongsi tentang satu teknik mudah untuk kita mencari definisi perkataan berbahasa inggeris (setahu saya buat masa sekarang bahasa melayu tidak dapat digunakan) di internet dengan menggunakan enjin carian google.com.

Baiklah. Katakan saya ingin mencari definisi bagi perkataan computer. Jadi saya akan mengunakan arahan berikut di enjin carian google:

define:computer

kata kunci define adalah kod operator yang memberi arahan kepada google untuk memberikan definition kepada perkataan yang kita taip sebentar tadi.

kaedah ini akan mencepatkan tugas kita mendapatkan definisi perkataan yang diingini tanpa membuka kamus!

Hasilnya adalah seperti dibawah ini:

Selamat mencuba.


kredit to rahsia siber

BlackBerry AppWorld 3.0 Membawakan Pelbagai Perubahan Menarik

Sebelum ini, BlackBerry telah mensasarkan bulan Ogos untuk melancarkan BlackBerry AppWorld 3.0, namun disebabkan sebab yang tidak diketahui, ianya terpaksa ditangguhkan, dan hari ini, BlackBerry, secara rasminya telah pun melancarkan kemaskini generasi baru BlackBerry AppWorld itu.

Sebelum ini, ianya telah pun diperkenalkan pada Beta Zone, dan akhirnya hari ini, aplikasi yang dinantikan ramai pengguna BlackBerry itu telah pun dilancarkan kepada umum. Melalui kemaskini terbaru ini, antara perubahan yang dibawakan termasuklah perubahan dari segi antaramuka, serta sokongan perkongsian sosial yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Melalui BlackBerry AppWorld 3.0, ianya turut membawakan penambahan beberapa kategori baru, memudahkan para pengguna mencari sesuatu aplikasi atau tema dengan lebih mudah. Selain daripada itu, ianya turut membolehkan anda berkongsi aplikasi melalui BBM, ataupun Facebook atau Twitter dengan senang.

Bagi para pengguna BlackBerry OS 4.5 dan yang terkini boleh memuat-turun BlackBerry AppWorld 3.0 ini, dan mula menggunakan AppWorld yang diberikan nafas baru ini, bermula hari ini.

kredit to amanz network

Jamuan Hari Raya di PIK P1 Chini Timur


6 September 2011, PIK telah mengadakan jamuan hari raya bertempat di dalam PIK dengan menjemput peniaga-peniaga yang berada di kawasan Perniagaan Chini Timur 2. Pelbagai juadah disediakan antaranya ialah mihun goreng, nasi impit, rendang, kuih muih dan sebagainya. Pengunjung yang datang di PIK pada petang itu juga dijemput untuk menjamu selera dan menikmati hidangan yang disediakan.

Juadah Yang Disediakan


Jemputan Yang Hadir


06 September, 2011

Perdana Menteri Melancarkan 250 Kedai 1Malaysia Seluruh NegaraD'Mart


PEKAN 27 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini melancarkan secara serentak 250 kedai 1Malaysia DMart yang dibina di tanah-tanah rancangan Felda seluruh negara.

Pelancaran tersebut berlangsung di kedai 1Malaysia DMart di Felda Chini Timur 2 di sini.

Dalam ucapan perasmiannya, Najib berkata, semua kedai 1Malaysia DMart akan menjual barangan keperluan yang menggunakan logo 1Malaysia.

"Antaranya seperti susu tepung, sardin, jus oren, sos cili dan kicap yang kesemuanya dijual dengan harga yang lebih murah daripada biasa serta mempunyai kualiti seperti barang yang berjenama," katanya.

Hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dan Pengarah Urusan Mydin Holdings, Datuk Ameer Ali Mydin.

Menurut Najib, dengan adanya kedai ini, rakyat dapat berjimat sebanyak 30 hingga 40 peratus perbelanjaan harian.

''Sebagai contoh, sos cili yang berjenama dijual dengan harga RM2.10 sebotol tetapi di sini hanya dijual pada harga RM1.80, manakala lampin bayi dijual dengan harga RM18.50 berbanding dengan yang berjenama iaitu berharga RM30.20," katanya.

Najib berharap, dengan kewujudan kedai ini semua rakyat mendapat faedah terutamanya peneroka Felda.

Tambah beliau lagi, penubuhan kedai ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin terhadap rakyat.

"Sebelum ini pembangkang menggelarkan BN ini sebagai barang naik, namun setelah kewujudan kedai ini mereka semua diam," katanya.

Dalam pada itu, pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Felda Chini Timur 2, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM6.88 juta untuk kawasan Gugusan Felda Chini.

Katanya, peruntukan itu termasuk untuk membaiki, membina dan menaik taraf kemudahan di kawasan Gugusan Felda Chini termasuklah klinik kesihatan, masjid dan dewan.



19 August, 2011

P1 Kini Mempunyai Lebih Daripada 338,000 Orang Pelanggan

Semua semestinya telah ketahui yang mana P1 mensasarkan untuk mencapai sebanyak 450,000 orang pelanggan pada penghujung tahun ini, dan kini melalui data terbaru yangdikeluarkan oleh mereka, ianya memperlihatkan yang mana sehingga penghujung Jun yang lepas, P1 telah mempunyai sebanyak 338,000 orang pelanggan.

Secara kasarnya, ianya memperlihatkan yang mana P1 telah menambah seramai lebih daripada 64,000 orang pengguna pada pertengahan tahun pertama tahun 2011 ini. Selain angka pengguna, P1 turut sama mensasarkan untuk memperluaskan liputan di Semenanjung Malaysia kepada 55% ataupun secara kasarnya lebih 1600 pusat P1. Buat masa ini, mereka mempunyai sebanyak 1083 pusat di Semenanjung Malaysia.

Pada masa yang sama, P1 juga kini dalam perbincangan bersama-sama dengan Telekom Malaysia untuk menggunakan rangkaian jalur-lebar berkelajuan tinggi (HSBB) daripada TM, dan mungkin akan mendapat keputusan positif sebelum berakhirnya tahun ini. Selain itu, mereka juga turut mensasarkan untuk mendapatkan spektrum 2.5GHz/2.6GHz kepada tambahan daripada spektrum 2.3GHz sedia ada.


SUMBER : amanz.my

18 August, 2011

Peneroka gembira terima duit raya

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Pengumuman pemberian 'duit raya' kepada warga Felda baru-baru ini nyata menggembirakan para peneroka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Selain berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Felda, mereka juga amat menghargai pemberian 'duit raya' itu yang dilihat sebagai satu usaha meringankan beban mereka.

Presiden Persatuan Peneroka Felda Malaysia, Saad Latib berkata, pengumuman tersebut tidak seharusnya dinilai melalui jumlah wang yang diberikan tetapi bagaimana wang yang akan diagihkan itu mampu membantu warga Felda menyambut hari raya nanti.

"Jika sekarang peneroka dikatakan golongan sederhana dan hidup senang, tetapi jangan kita lupa masih ada segelintir warga peneroka yang sudah tidak larat untuk bekerja malah ada yang menderita menanggung penyakit.

"Mereka inilah yang harus kita bantu dan kami daripada pihak persatuan berharap dengan 'duit raya' yang diberikan oleh Felda itu mampu meringankan beban yang ditanggung mereka," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Presiden Persatuan Penerokawati Felda Malaysia, Jamaatul Jamilah Ramli berkata, pemberian 'duit raya' berjumlah RM400 oleh Felda itu adalah satu langkah wajar dan tepat pada waktunya iaitu ketika peneroka sedang sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya.

Sumber : Utusan Online

gos mesra google



gOS adalah System Os baru, OS direka mesra dengan Google . Semua anda memerlukan untuk melayari web , e-mel, berbual, memainkan muzik dan filem-filem, Os juga mewujudkan penyuntingan dokumen-dokumen dengan menggunakan Google dan perisian percuma lain. gOS mempersembahkan yang terbaik atas hampir mana-mana komputer, tidak ada apa-apa kos-kos untuk pengguna-pengguna, dan mempunyai satu antara muka yang cantik

Specifications

Processor Brand

Intel

Processor Class

Core 2 Duo

Processor Speed

2 GHz

Installed Memory

3 GB

Bus Speed

800 MHz

Cache Size

2 MB

Memory Technology

DDR II SDRAM

Maximum Memory

4 GB

Number of Installed Processors

1

Maximum Number of Processors

1

System Chipset

Mobile Intel GM965 Express

Included Drives

DVD±RW (±R DL) / DVD-RAM

Hard Drive Capacity

500 GB

CD Read Speed

24 X

CD Write Speed

24 X

DVD Read Speed

8 X

DVD Write Speed

8x (DVD±R), 4x (DVD±R DL)

Drive Controllers

Serial ATA

Installed Video Memory

256 MB

Display Type

Flat panel display

Resolution

1440 x 900 pixels

Modem Speed

56 Kbps

Network Support

Ethernet, Fast Ethernet, Gigabit Ethernet, IEEE 802.11n (draft), IEEE 802.11b, IEEE 802.11a, IEEE 802.11g

Interface Provided

S-Video, Composite video input, Phone line, SPDIF, Headphone, Ethernet 10Base-T/100Base-TX/1000Base-T

Slot Types Provided

Processor, Memory, PCI Express Mini Card

Chassis Style

All-in-one

Operating System

Microsoft Windows Vista Home Premium

Included Software

Drivers & Utilities, Microsoft Internet Explorer, CyberLink Power2Go, Google Toolbar, AOL Online (90 days trial), Adobe Reader, Google Desktop, Microsoft Works 8.5, McAfee Internet Security Suite (90 days subscription), Microsoft Office 2007 Home and Student Edition (Trial), Microsoft Money Essentials, BigFix

Base Warranty

1 year warranty

Warranty Information

1 year warranty

Weight

21.8 lbs

Input Devices

Mouse, Keyboard

Also known as

Gateway One GZ7220, Gateway GZ7220, Gateway One


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...