04 August, 2011

SAMBUTAN HARI PENEROKA



Baru-baru ini iaitu pada 7 julai 2011, sambutan hari peneroka telah berlangsung di Stadium Mini Jengka Felda , hampir kira-kira 10,000 peneroka dari seluruh negara telah turun beramai-ramai ke Felda Jengka untuk menyambut hari yang bersejarah ini. Sambutan hari peneroka pada tahun ini telah dirasmikan oleh perdana Menteri Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Antara pengumuman yang menggembirakan penduduk peneroka dari Perdana Menteri ialah pengiktarafan Bandar Jengka sebagai Bandar Tun Razak dan sejumlah peruntukan telah diberikan untuk membangun dan membesarkan lagi bandar Jengka. Selain itu perdana menteri juga telah mengumumkan Bandar Jengka akan dijadikan tuan rumah kepada pasukan Felda United dan peruntukan untuk membina stadium Felda United akan diberikan. Berita yang disampaikan oleh PM sudah semestinya memberikan khabar gembira kepada penduduk felda khususnya di kawasan Jengka.

Disamping pengumuman tersebut beliau juga telah menyampaikan beberapa anugerah antaranya Anugerah Keceriaan Kampung Felda ,Anugerah Usahawan Berjaya, Anugerah tokoh peneroka dan sebagainya. Bagi tahun ini Felda Tunggal, Johor telah diumumkan sebagai pemenang bagi Anugerah Kecerian Kampung Felda dan telah memenangi Rm 1 juta sebagai imbuhan

Bagi anugerah khas pula, Felda Chini Timur memenangi kategori Ekonomi Cemerlang diikuti Felda lepar Hilir (Keselamatan Terbaik), Felda Sahabat 4 dan 5 (Kepimpinan dan Kualiti Cemerlang) dan Felda Air Tawar 3 (Inovasi Alam Sekitar).

Antara program menarik sepanjang sambutan hari peneroka ialah pameran dan jualan, gotong royong perdana, pertandingan-pertandingan dan sebagainya.


Perdana Menteri Berucap sempena hari Peneroka

Barisan kakitangan Felda bersama Dato Ahmad Maslan

Pengunjung yang hadir di Stadium Mini Jengka

Perdana Menteri bersama pengunjung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...