17 August, 2011

TENGKU MAHKOTA PAHANG BERBUKA PUASA DI CHINI TIMUR

Baru-baru ini iaitu pada 5 Ogos 2011 seramai 121 orang kurang bernasib baik menerima bantuan pada majlis berbuka puasa di Felda Chini Timur 1.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyampaikan bantuan tersebut kepada golongan terbabit dan berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 penduduk tanah rancangan itu.

Turut berangkat ke majlis itu, Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Hassanal Ibrahim Shah Tengku Abdullah dan Tengku Ameer.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun.

Terdahulu dalam ucapannya, Abu Bakar berkata, penduduk Felda Chini Timur amat gembira dengan keberangkatan baginda untuk berbuka puasa bersama rakyat.

Menurut Abu Bakar, selain majlis berbuka puasa, Tengku Abdullah tidak melupakan nasib golongan tidak bernasib baik yang diraikan menerusi bantuan Hari Raya Aidilfitri.

"Ini termasuklah menyampaikan bantuan kepada 121 golongan tidak berupaya di sekitar Felda Chini Timur.

"Selain itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun," katanya.

Katanya, majlis itu merupakan sumbangan Felda dan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Pejabat Tanah dan Galian Pekan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...