04 August, 2011

Program Belia Bersama YB Adun Chini


sesi pendaftaran

Program ramah mesra YB bersama belia gugusan Felda Chini Timur ini diadakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara pemimpin dan golongan belia. Pusat Internet Komuniti P1 Chini Timur juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam program tersebut di mana antara tujuannya adalah :
  • Untuk menarik lebih ramai ahli yang mendaftar sebagai ahli PIK
  • Untuk mengadakan kaji selidik tentang program yang akan dirancang
  • Merapatkan hubungan antara PIK dan komuniti
  • Mempromosikan fungsi dan perkhidmatan di PIK kepada orang ramai
Kami telah menganjurkan acara Treasure Hunt untuk golongan belia sertai. Sambutan yang hebat dari kalangan belia menunjukkan bahawa mereka memberi sokongan terhadap Pusat Internet Komuniti P1 Chini Timur. Acara tersebut dapat menguji para peserta untuk menyelesaikan soalan dengan pantas serta dapat memberi pendedahan kepada mereka pemimpin-pemimpin di Chini Timur kerana soalan adalah berkisar tentang pemimpin dan prasarana di Chini Timur.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...