18 August, 2011

Peneroka gembira terima duit raya

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Pengumuman pemberian 'duit raya' kepada warga Felda baru-baru ini nyata menggembirakan para peneroka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Selain berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Felda, mereka juga amat menghargai pemberian 'duit raya' itu yang dilihat sebagai satu usaha meringankan beban mereka.

Presiden Persatuan Peneroka Felda Malaysia, Saad Latib berkata, pengumuman tersebut tidak seharusnya dinilai melalui jumlah wang yang diberikan tetapi bagaimana wang yang akan diagihkan itu mampu membantu warga Felda menyambut hari raya nanti.

"Jika sekarang peneroka dikatakan golongan sederhana dan hidup senang, tetapi jangan kita lupa masih ada segelintir warga peneroka yang sudah tidak larat untuk bekerja malah ada yang menderita menanggung penyakit.

"Mereka inilah yang harus kita bantu dan kami daripada pihak persatuan berharap dengan 'duit raya' yang diberikan oleh Felda itu mampu meringankan beban yang ditanggung mereka," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Presiden Persatuan Penerokawati Felda Malaysia, Jamaatul Jamilah Ramli berkata, pemberian 'duit raya' berjumlah RM400 oleh Felda itu adalah satu langkah wajar dan tepat pada waktunya iaitu ketika peneroka sedang sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya.

Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...