Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

07 September, 2011

Warga Chini Ceria Masak-Masak Bersama Chef Halim


Kehangatan cuaca di Chini Timur tidak menyekat keceriaan warga Chini Timur semasa menghadiri kelas masakan bersama Chef Halim Abdullah anjuran Packet One Networks (P1) 16 Julai yang lepas.

Acara tersebut dihadiri oleh 30 orang yang terdiri daripada Persatuan Gerakan Peneroka Wanita (GPW) dan komuniti berdaftar. Beberapa ahli steering committee seperti Tuan Haji Idris, En Yusof, Puan Zubaidah dan Puan Jahariah turut sama hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Seawal jam 12 tengah hari, persiapan tempat dan bahan-bahan masakan untuk program telah bermula. Krew-krew acara menyusun kerusi, meja dan memasang projektor dan komputer untuk kelas masakan yang dinanti-nantikan khususnya oleh kaum wanita di Chini Timur.

Program berlangsung sekitar jam 2 petang bersama lawatan daripada Packet One dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Wakil-wakil yang hadir melawat tapak acara terdiri daripada:

1) Tuan Hj Sumali bin Amat (EPU)
2) En Abdul Ghani bin Selbi (EPU)
3) Puan Raudatil Jannah (EPU)
4) Tuan Hj Ismail (P1)
5) En Chew Hin Ban (P1)
6) En Nafis Adha (P1)
7) Puan Elain Lockman (P1)

Chef Halim memulakan menu pembukaan dengan mendemonstrasikan penyediaan resipi pertama, iaitu chicken chopdiikuti dengan spageti udang bercili, lempeng pisang dengan krim durian, pisang istimewa dengan gula melaka dan sup cendawan. Sesi masak-masak petang itu berlangsung dengan keadaan yang ceria, apatah lagi apabila Chef Halim dan para peserta saling berkongsi tips dan teknik masakan.


Tuan Haji Idris turut bersama membantu Chef Halim menghasilkan chicken chop.

Para peserta bukan sahaja berpeluang menyaksikan hasil masakan Chef Halim secara dekat, mereka juga dapat mencuba sendiri beberapa resepi yang telah dihasilkan seperti spageti udang bercili dan pisang istimewa yang dihidangkan bersama gula melaka.


Mencuba resepi istimewa Chef Halim ; lempeng pisang bersama krim durian.



Sementara para peserta menikmati hidangan yang dibuat, P1 mengambil kesempatan tersebut untuk beramah mesra bersama mereka dan mendapatkan maklum balas tentang program yang diadakan. Semua peserta nampaknya sangat berpuas hati dengan acara masak-masak pada hari itu dan turut menyumbangkan beberapa idea sekiranya acara seperti ini diadakan lagi.

Majlis berakhir sekitar jam 5 petang dan semua peserta memberikan tepukan gemuruh kepada Chef Halim atas kesudian beliau hadir dan berkongsi ilmu dapur bersama warga wanita Chini Timur.

PIK DAN KOMUNITI

Program : Sesi Ramah mesra PIK di Hari Keluarga PDK

Ada pertandingan gubahan bunga hantaran untuk penerokawati

sesi pengenalan PIK kepada komuniti.

Program : Sesi memperkenalkan PIK di roll call bulanan Chini Timur 1

Pengalaman bercakap di depan komuniti kali pertama. Dijemput oleh Pengurus untuk memperkenalkan fungsi PIK kepada komuniti.

Sedang kusyuk mendengar saya bercakap tu.

Sesi Pra-Pendaftaran sempena pembukaan PIK

Masing-masing sibuk isi borang keahlian

Jamuan Hari Raya di PIK P1 Chini Timur


6 September 2011, PIK telah mengadakan jamuan hari raya bertempat di dalam PIK dengan menjemput peniaga-peniaga yang berada di kawasan Perniagaan Chini Timur 2. Pelbagai juadah disediakan antaranya ialah mihun goreng, nasi impit, rendang, kuih muih dan sebagainya. Pengunjung yang datang di PIK pada petang itu juga dijemput untuk menjamu selera dan menikmati hidangan yang disediakan.

Juadah Yang Disediakan


Jemputan Yang Hadir


04 August, 2011

Mengenali PIK P1 Chini Timur

ini kat pantry..masa ni belum sampai lagi peti ais comel dan tong air

ini pulak ruang untuk melayari internet di depan


tempat pengurus dan pen.pengurus

komputer di dalam bilik latihan
pandangan depan PIK P1

PIK ditubuhkan pada Mac 2009 dan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat Packet One Network Sdn.Bhd. Selain menyediakan kemudahan internet, PIK juga menyediakan latihan komputer secara percuma kepada komuniti. Kemudahan untuk mencetak, scanning serta laminating juga turut disediakan dengan harga yang berpatutan.
PIK terletak di kawasan perniagaan Chini Timur 2 dan berada di antara deretan kedai. PIK menjadi destinasi untuk komuniti membayar bil P1 Wimax dan Celcom serta bil lain juga.
Kesimpulannya, kewujudan PIK memberi banyak manfaat kepada komuniti terutamanya golongan remaja dan belia.


30 December, 2009

Senamrobik Dan Poco-poco





Acara ini adalah acara paling terawal diadakan semasa Karnival U&I. Seawal 7.30 pagi Kesemua peserta sangat bersemangat berkumpul di tepi dewan untuk acara senamrobik dan poco-poco. Para peserta juga disediakan sarapan pagi oleh pihak penganjur program.
Jumlah penyertaan juga adalah paling ramai di mana setiap Gugusan Chini Timur menghantar wakil seramai 20 orang peserta bagi setiap rancangan menjadikan jumlah peserta seramai 60 orang kesemuanya. Namun, peserta OKU juga turut melibatkan diri dalam program ini. Untuk pengetahuan, warga Chini Timur memang aktif dengan poco-poco di mana mereka akan mengadakan sesi latihan pada setiap Hari Isnin, Rabu dan Jumaat jam 5 petang bertempat di dewan futsal Chini Timur 2.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...