Pembayaran bonus insentif berjumlah RM102.6 juta itu yang bergantung kepada penghantaran hasil, melibatkan 95,949 daripada 112,635 peneroka Felda bagi menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui Felda, kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan.
Bonus insentif itu akan dibayar di pejabat rancangan Felda pada akhir bulan ini.
"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka untuk berusaha lebih gigih untuk meningkatkan produktiviti masing-masing,” kata Najib.
Beliau berkata, peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari hingga Oktober tahun ini.
Sumber :Bernama
Nota : Peneroka sangat bertuah kerana selalu diutamakan dalam segala hal. Setiap tahun pasti dapat insentif sekaligus dapat meringankan beban tanggungan.
No comments:
Post a Comment