07 September, 2011

Kurangkan Saiz Gambar Tanpa Menghilangkan Kualiti Melalui JPEGmini

Salah satu perkara utama yang sering diberi perhatian oleh para pembangun laman web dan juga penulis blog adalah saiz gambar yang dimuat-naik oleh mereka. Kini, menariknya anda tidak lagi perlu bimbang seperti dulu, dimana anda boleh mengurangkan saiz gambar anda sehingga 5 kali ganda dengan menggunakan aplikasi JPEGmini.

JPEGmini merupakan salah satu aplikasi berasaskan web yang percuma, menawarkan para pengguna untuk terus memuat-naik gambar melalui pelayar web mereka, seterusnya memuat-turun gambar yang dikurangkan saiznya terus secara percuma. Menariknya mengenai aplikasi web JPEGmini ini adalah dimana ianya tidak mengurangkan kualiti gambar seperti beberapa aplikasi yang lain.

Selain daripada itu, JPEGmini juga turut memaparkan gambar yang dioptimasikan bersebelahan dengan gambar asal, untuk para pengguna membandingkan kualiti dan sebagainya. Pada masa yang sama, JPEGmini turut menyediakan beberapa fungsi tambahan seperti kebolehan untuk memuat-naik album dan sebagainya untuk para pengguna berdaftar.

Secara ringkasnya, kami boleh katakan yang mana kami tidak dapat melihat sebarang perubahan pada kualiti gambar melalui mata kasar kami, sebaliknya dapat memuat-turun gambar pada saiz yang lebih kecil, sebelum berkongsi melalui web, selain pada masa yang sama mengurangkan penggunaan bandwith oleh pelayan kami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...