19 January, 2010

Acara-acara Karnival


Demonstarsi bomba yang dadakan selepas acara perasmian dan lawatan ke booth-booth.


Kelihatan beberapa orang yang terdiri daripada golongan remaja sedang mencucuk bunga manggar untuk menyambut ketibaan VIP pada pukul 2.00 petang bagi acara perasmian.



Acara sukaneka yang diadakan untuk golongan dewasa. Antaranya adalah bowling kelapa berpasukan.


Ramai peserta yang ingin mengambil bahagian dalam acara teka berat tembikai dan teka jumlah kacang. Keadaan agak kelam kabut namun masih terkawal di urusetia.





Sebagai simbolik acara perasmian, En.Mohd.Dan telah menurunkan tandatangan beliau di atas kain bunting semasa beliau melawat sekitar kawasan booth yang mengambil bahagian.













Semangat Kerjasama





Sepanjang akrnival berlansung, pihak Gerakan Persatuan Wanita (GPW) merupakan antara pihak yang bekerjasama dengan penganjur dari segi penyediaan makanan dan minuman untuk para peserta dan VIP. Mereka adalah ahli persatuan yang sentiasa terlibat dengan program seperti ini dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang katering. Makanan yang disediakan sangat sedap dan pasti tidak cukup!
Menu yang disediakan adalah seperti nasi impit (sarapan pagi), laksa dan kuih (minum petang) dan makan tengahari (ikan patin masak tempoyak, kerabu, daging goreng kunyit dan sambal)

Penyeri Karnival






Antara program yang paling diminati bukan sahaja kanak-kanak namun org dewasa juga amat menyukainya...Kedatangan Badut dan Orang Tinggi sangatlah menarik perhatian dengan pelbagai aksi mereka yang menarik. Kedua-duanya dibawakan khas daripada Kuala Lumpur demi menjayakan lagi karnival pada hari Ahad tersebut.
Lihatlah antara aksi-aksi mereka ini.

Pendaftaran Karnival





Pada hari karnival dijalankan, pengunjung telah datang seawal 7.30 pagi. Kemudian, mereka menuju ke booth urusetia bagi mendaftarkan kehadiran mereka seterusnya mendapatkan nombor cabutan bertuah yang akan diadakan secara selingan sepanjang akrnival berlansung.
Kehadiran pada hari karnival amat memberansangkan dan di luar jangkaan kami. Dianggarkan seramai lebih 500 orang yang telah menghadiri karnival tersebut. Bukan sahaja warga Chini Timur yang hadir malah penduduk sekitar seperti Chini dan Kampung berdekatan turut hadir bagi memeriahkan majlis.





12 January, 2010

Perjalanan Karnival


















Sebelum karnival berlansung, pelbagai persiapan yang perlu dilakukan bagi memastikan perjalanan bengkel dan karnival berjalan dengan lancarnya. Antara persiapan yang telah dilakukan seperti membuat siaraya di kawasan Chini Timur dan gugusan Chini serta menampal poster dan kain bunting. Persiapan ini diketuai oleh Norman yang turut dibantu oleh dua orang AJK Siaraya. Selain itu, tag urusetia juga disediakan bagi setiap AJK untuk memudahkan orang ramai mengenali urusetia karnival.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...