Hukumnya Haram dan Berdosa Besar Bagi Muslim
”Jangan engkau membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan al-haq” – maksud surah al An aam : 151
”janganlah kamu membunuh dirimu, kerana Allah maha menyanyangimu” – maksud surah An Nisaa : 28
dari jundud bin abdullah, bahawa Rasul saw bersabda; ”dahulu ada orang yang terluka, lalu dia mengambil pisau dan memotong urat nadi di tangannya sehingga ia mati kerana kehabisan darah, lalu Allah berfirman, ”orang ini mendahului kehendakKu untuk mengadapKu (mati) maka aku haramkan syurga baginya.” – riwayat Bukhari dan muslim
”dan janganlah kamu berputus asa dalam menggapai kurnia Allah, sesungguhnya yang berputus asa hanyalah kaum kafir sahaja” – maksud surah Yusof : 78
“Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)