16 December, 2011

Program memasak Bubur Assyura

Sempena menyambut Awal Muharram, pihak Gabungan Persatuan Wanita (GPW) telah mengadakan program memasak bubur assyura. Kami juga dijemput hadir untuk turut sama-sama membantu menyiapkan bahan serta mengacau bubur assyura.
Program bermula seawal 9.00 pagi dan berhenti rehat untuk Solat Jumaat pada pukul 12.00 tengahari. Kaum wanita mengambil alih kerja mengacau bubur assyura sementara kaum lelaki menunaikan solat Jumaat. Pada pukul 2.00 petang sesi membungkus telah selesai dan siap untuk diagihkan kepada orang ramai.

Menyiapkan bahan-bahan untuk memasak bubur assyura
Sesi mengacau hingga likat
Bubur assyura yang telah siap dibungkus untuk diagihkan kepada penduduk







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...