30 November, 2009

KARNIVAL U & I "MEH DATANG"





PENGENALAN

MSC Malaysia telah menganjurkan pertandingan Mencipta Konsep & Melaksana Karnival Usahawan & ICT untuk masyarakat luar bandar. Usaha ini bertujuan untuk merangsang minda komuniti disamping menjana pembangunan kandungan tempatan. Pihak Pusat Internet Komuniti P1 Chini Timur juga tidak ketinggalan turut sama menyertai dengan menghantar kertas cadangan untuk dinilai oleh pihak MSC Malaysia. Kertas cadangan yang dihantar oleh Pusat Internet Komuniti Chini Timur telah terpilih bersama lima lagi pasukan lain dan berjaya untuk menerima dana daripada MSC Malaysia sebanyak RM10,000 bagi melaksanakan aktiviti yang dirancang.

PIK P1 Chini Timur adalah pasukan terawal yang terpilih untuk mengadakan karnival U & I iaitu pada 14 dan 15 November yang lalu. Kami mempunyai masa hanya selama 2 minggu selepas pengumuman kertas cadangan yang dihantar terpilih untuk membuat persiapan menjelang karnival. Masa yang ada tidak disia-siakan memandangkan kami agak kesuntukan masa namun kami melakukan yang terbaik untuk menjayakan karnival selama dua hari tersebut dengan bantuan daripada pelbagai pihak.

TUJUAN PROGRAM

Tujuan utama program ‘Meh Datang ‘ ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran ICT kepada komuniti setempat dalam bidang keusahawanan khususnya serta mengumpulkan para usahawan setempat bersama produk masing-masing untuk dipromosikan lagi kepada orang ramai.

PELAKSANA KARNIVAL

Untuk melaksanakan sesuatu program, peranan pelbagai pihak terutamanya dari segi sumbangan tenaga kerja sangatlah penting bagi memastikan segala program yang dirancang berjalan dengan lancar. Pihak-pihak yang telah bekerjasama dengan PIK adalah seperti :

1. Persatuan Belia Gugusan Chini Timur

2. Persatuan Rakan Muda Gugusan Chini Timur

3. Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Chini Timur 3

4. Pihak Pejabat Felda Chini Timur 1,2 dan 3


Selain sumbangan tenaga kerja, PIK juga sangat bertuah kerana terdapat pihak yang menghulurkan sumbangan berbentuk hamper dan kewangan. PIK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak-pihak berikut kerana telah memberi sumbangan untuk Karnival U&I.

1. MSC Malaysia – Dana sebanyak RM10,000 untuk perlaksanaan bengkel dan karnival

2. Packet One Networks Sdn.Bhd. – Promosi, Makanan, Cenderahati VIP

3. Perniagaan Serai Wangi – Hamper

4. Butik AVON Chini Timur – Hamper

5. Pasaraya ABADI – Hamper

6. Kedai Makan Mazlan – Hamper & Makanan Peserta Bengkel

7. D’Mart Chini Timur 2 – Hamper



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...