12 July, 2011
Amanah Ikhtiar Di Chini Timur
28 March, 2011
Cubaan membunuh diri di KB Mall
Hukumnya Haram dan Berdosa Besar Bagi Muslim
”Jangan engkau membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan al-haq” – maksud surah al An aam : 151
”janganlah kamu membunuh dirimu, kerana Allah maha menyanyangimu” – maksud surah An Nisaa : 28
dari jundud bin abdullah, bahawa Rasul saw bersabda; ”dahulu ada orang yang terluka, lalu dia mengambil pisau dan memotong urat nadi di tangannya sehingga ia mati kerana kehabisan darah, lalu Allah berfirman, ”orang ini mendahului kehendakKu untuk mengadapKu (mati) maka aku haramkan syurga baginya.” – riwayat Bukhari dan muslim
”dan janganlah kamu berputus asa dalam menggapai kurnia Allah, sesungguhnya yang berputus asa hanyalah kaum kafir sahaja” – maksud surah Yusof : 78
“Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
26 March, 2011
PERTANDINGAN MENCIPTA BLOG
PERTANDINGAN MEMBUAT BLOG
Syarat dan terma:
1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah.
2. Tajuk blog mestilah seperti berikut :
KATEGORI SEKOLAH RENDAH : HENFON IDAMAN SAYA
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH : KEBAIKAN DAN KEBURUKAN FACEBOOK
3. Blog hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sahaja.
4. Peserta blog perlu memuatkan maklumat terkini mengenai perkara yang berkaitan tajuk blog
5. Peserta blog boleh menghantar alamat blog penyertaan melalui email kepada azlina.saod@packet-1.com serta masukkan maklumat berikut :
Subject : Pertandingan Blog
Nama
Umur
No Tel
Kategori
Alamat blog : http://
6. Borang penyertaan blog boleh didapati di PIK.
7. Setiap penyertaan perlulah sampai kepada pihak penganjur pada atau sebelum 18 Mac 2011.
8. Semua penyertaan layak mendapat sijil penyertaan daripada pihak penganjur.
9. Hadiah yang menarik disediakan untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Sesi penyampaian hadiah akan diberitahu kemudian.
10. Jika ada sebarang masalah untuk membuat blog peserta boleh mengikuti kelas di PIK.
Contoh blog --à http://pikp1chinitimur.blogspot.com